Kami Telah Berpindah
March 9th, 2009 oleh kumprinxSekarang lunsuri http://kepalafoto.blogspot.com
Bebudak Kuala Lipis yang asalnya kutu lepak yang kini sudah mula membina karier dari seluruh pelusuk tanah air.
Sekarang lunsuri http://kepalafoto.blogspot.com

Gua tak mahu main chess ngan lu di waktu pejabat. Gua banyak kerja.

Kami beramai-ramai datang ke rumah Padeli untuk beraya. Padeli enggan menjemput kami masuk dan dia kata “Malas nak buat air..”.
Dah la pakai kain pelikat je.
Bila semangat awek menguasai diri, semangat Raya diabaikan.
Saksikan video ini :
MALAM KORANG BERJAGA, SIANG KORANG TIDUR. malam korang sibukkan diri dengan bermain game, PS2, download lagu, chating maut, tgk movie atau melawat ke rumah kawan-kawan. lepas tue balik rumah cun-cun masa orang nak bersahur. makan apa yang ada pada pagi tue. aku nasihatkan korang untuk tidur masa rancangan selamat pagi malaysia nak start. dalam kul 8-9 pagi korang start tidur. aku confirm korang akan berjaga dekat2 nak berbuka puasa. kalau terbangun dalam jam 5-6 petang, korang jangan panik. bangun slow2, lepas tue pergi cheak e-mail atau main games bola. aku gerenti kerat jari korang akan puasa penuh tahun nie….sekian
salam sayang dari apex…
sejak tak ada blog, perasaan aku untuk menulis kembali meluap-luap seperti air yang sedang mendidih. ini merupakan satu perkara yang misteri dalam kehidupan aku yang biasa-biasa jee nie. walaupun misteri dan biasa-biasa saje, apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini perlu dijadikan pedoman dan tauladan untuk masa depan. semasa adek aku kahwin baru-baru ini ada beberapa perkara yang boleh dijadikan tauladan dan pedoman kepada kutu-kutu semua yang aku rasa boleh diikuti…
notakakis : best wei kalau ada kahwin kat lipis, malam-malam layan sup lepas tue tgk orang main 400…kalau bijok lagi ada orang main kugiran…sawan lagi…
i tak ingat sape yang selalu berkata-kata demikian. mak i ke or abah i. tapi waktu berpuasa masa kecik-kecik dulu, kalau i cakap lapar jeee, i rasa macam ada jee orang yang cakap macam tue. mungkin malaikat kot…well, takpe laa. sesape pun i tak kisah dan i dah besar sekarang. ok, i tak tahu kenapa dengan diri i sejak dua menjak kebelakangan ini. i dah rasa menyampah dengan keadaan dunia yang serba chaos nie. benci i meluap-luap bila tgk berita-beriti, balik-balik rebut kuasa, balik-balik konflik, balik-balik cerita pasal tembak-tembak, berita Terkini, CNN, Aljareeza, BBC, ABC, KFC, MDc, semuanya sama jee. bosan i..bosan…saluran ESPN, star sports, sukan semasa, dan sebagainya pun i dah bosan, kalau tgk bola tue lagi i menyampah, sikit-sikit maki pengadil, sikit-sikit cerita pasal offside ke tidak, balik-balik cerita pasal pengurus chelsea, balik-balik cerita pasal gol, apa itu semua bende paling best dalam dunia ke? kalau bab hiburan pulak, balik cerita pasal spender artis, balik-balik mawi, spender hitam mawi laa, ina di tunang mawi pakai spender lelaki laa, datuk K pakai viagra laa, ct pakai susuk laaa, well i dah bosan nak mati tau…bosan betul i…
well, sejak dua menjak nie, i dah berubah selera. u tanya laa my wife ke, my mak mertua ke. i dah jarang-jarang tgk cerita sukan dan berita-berita terkini sekarang nie. rancangan-rancangan macam surfing the menu, anthony baurdain, come dine with me, selesa thai, ala-ala kampung, garam gula, di dapur bersama yusni, sari rasa, citarasa selebriti dan pelbagai rancangan memasak menjadi pilihan hati i. waduh..harum sekali masakan-masakan diorang. kekadang i dapat rasakan bahawa daripada i dok pikir tentang masalah dunia ada baiknya i bersuka-suka dengan resepi-resepi yang diaorang kasikan. best apa rancangan memasak nie. penuh dengan falsafah, peraturan-peraturan, tatatertib dan kesusilaan. i rasa syok sungguh, cuma kekadang i confused sikit dengan perkataan subjektif seperti ” secukup rasa”, ” sedikit garam atau gula “, “…sehingga empuk..”, “bersama air secukupnya..” and ada laa 2-3 perkataan lagi yang i confused sikit-sikit. well, pengacara dia juga best-best tau, bermuka manis, berbudi bahasa, dan berpengetahuan tinggi (macam tahu-tahu je apa bahan yang akan dimasukkan..), kekadang i tengok banyak juga artis-artis or atlit-atlit sukan yang tak berjaya dalam karier masing-masing mencubakan nasib mereka dalam dunia rancangan memasak nie. rancangan memasak nie kira macam jawatan guru or polis laa yang menjadi pilihan terakhir dalam hidup diaorang. well my friends, akhir sekali nak kasi tahu u all yang perkataan WELL, NEXT, AFTER THAT, DON’T FORGET, SMELL GOOD, YAM-YAM, KEKUNINGAN banyak sekali i dengar dalam rancangan-rancangan memasak nie. well, kita jumpa lagi yee..majukan makanan untuk diri kita sendiri dan ingat pesan i, lapar PUASA itu kebaikan dan lapar KUASA itu kejahatan….muah… i love u..sehingga kita berjumpa lagi…
notakakis: kalau u jumpa orang cakap macam nie, “kalau astro naik, jangan tgk astro. kalau jalan ada tol, jangan lalu tol, kalau minyak masak naik, tepung gandum naik, susu naik, semua naik, jangan makan semua tue,” then u jawab…” u nak suruh i mampus ke?”
apex cakap, ” naik laa semua, naik laa…” (keluahan hati seorang abang gomen yang menunggu kenaikan gaji….)

kesibukan sebagai abang gomen betul-betul mem’budu’kan otak gua. perbualan gua bersama-sama rakan segomen di kedai kopi banyak berkisahkan hal-hal negara. hari-hari kitaorang meramalkan pilihanraya umum ke-12. isu-isu dalam surat khabar arus perdana menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi jalanan. tindak-tanduk pemimpin, isu-isu kenaikan harga, hal-hal pentadbiran negara, hal-hal dunia dan gossip-gossip tentang kenaikan pangkat dalam kerajaan telah menjadi perkara biasa yang meniti di mulut gua. kekadang “perkara-perkara berbangkit” dan “hal-hal lain” timbul sewaktu gua di tikar sembahyang. gua tak tahu berapa markah yang tuhan akan kasi pada gua. mak gua selalu cakap, kalau kita tak kusyuk sembahyang, nanti tuhan bagi markah sedikit kat kita.
kebuduan otak gua telah menjadi satu sebab kukuh mengapa gua terpaksa mendeletekan diari-blog kehidupan gua iaitu ammosham.blogspot.com. gua rasa sedih sebenarnya. ada juga rakan sepunk gua 2-3 orang menanyakan persoalan tersebut. tapi itulah realitinya. buat apa ada blog kalau tak update selalu. buat apa ada radio kalau tak pasang selalu. buat apa pakai kereta kalau naik bas selalu. buat apa…buat apa…masa gua kecik-kecik dulu, perkataan ‘buat apa’ telah menjadi satu ayat yang berbeza-beza persoalannya. kekadang gua keliru dengan perkataan “buat apa..” , adakah orang-orang menggunakan perkataan ini untuk bertanya atau untuk memjustifikasikan sesuatu perkara. contoh ayat, ” hi abang hensem sham, buat apa tue?” - ini memang ayat tanya. contoh ayat lagi, ” hi abang hensem sham, buat apa ada ‘anu’ kalau tak digunakan…?” contoh ayat lagi, ” woi pp, awok buat apa depan komputer tue lama, tgk porno ke?” maka banyak laa jawapan-jawapan yang selalu didengar seperti, ” tak buat apa..”, ” buat bodo laa..”, ” apa yang kau peduli dengan apa yang aku buat?”, ” kau nak suruh aku buat apa..?”, ” nak buat apa lagi…??” , ” ..buat apa? kau tak nampak ke?” dan banyak lagi…maka apa lagi yang boleh gua buat dengan ammosham tue?
maka gua pun berfikirlah untuk lebih menumpukan kepada penulisan-penulisan yang memerlukan pemikiran-pemikiran yang kritikal dalam sesuatu isu. sebenarnya semua penulisan adakan kritikal namun gua harap dengan blog baru nanti gua akan menulis penulisan-penulisan yang kritikal tanpa beremosi yang lebih-lebih. namun yang demikian untuk beremosi maka ‘kualalipis’ ini akan menjadi lubuk atau wadah atau lebih best lagi MEDAN berjuangan GUA (emosi, akal, perasaan, hati dan otak aku). selagi ada hayat dikandung badan, selagi itu ‘perasaan’ diperjuangkan, dari lipis ke Juaseh, sekian terima kasih.
pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi baik dan hutang-hutang dikenang juga.
PerseKUTUan bekas perajurit hardcore dengan sukan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan.Jadi disini gua senaraikan beberapa perumpamaan yang bersangkut paut dengan dunia bola sepak.
Ada lagi sebenarnya tapi gua dah tak larat nak fikir.Perumpamaan ini sesuai digunakan dalam perbualan seharian samaada ianya berkaitan bola sepak atau tidak berkaitan langsung.Contoh ayat:
“Perghh,gua tengok Potet tu gemuk macam Ronaldo tapi finishing tajam seperti Berbatov!”
atau
“Pok Mat tu dah tua seperti Emerson tapi jiwa pulakmasih muda seperti Luke Young.Pantang nampak makwe garing sikit,pasti di’suit’nya”
Diharap perumpamaan ini dapat dijadikan panduan oleh kaki-kaki bola dalam kehidupan seharian.Sekian,terima kasih.
7.00 pg - hantar jeman ke sekolah rendah clifford. waktu balik singgah kedai nasik lemak simpang taman (nasik lemak sambal kerang berhantu wei…)
7.30 pagi - start tidur. sebelum tidur layan selamat pagi malaysia (layan awek senamrobik…)
11.00pg - terjaga kejap.jeri masuk bilik main game.tol RM 1.00 dan pijak belakang…(kekadang terjaga sebab geng-geng mak aku berkumpul kat belakang rumah..(masa tue pagar tak buat lagi..)
2.00 ptg - bangun dari tidur. cheak surat, tulis surat dan balas surat peminat.
2.30 ptg - lap wcl 964. ambik gaji RM 2.00 sehari dari mak. cukup untuk belanja sehari.
3.00 ptg - merempit ke bandar. tempat dituju pertama ke kedai fotostat kat sungai, kedua pejabat pos dan ketiga ke cc ejoy/zeba. main internet atau cm. lebat minum air cendol dan goreng pisang sampai mabuk.
6.00 - start main bola(sekarang org sebut futsal)
7.30 - tgk atas perlawanan kalau sengit balik lambat. lepas main pergi minum kalau ada sen. kalau dah lewat padeli and pp akan hantar. hantu banyak wei maghrib2 nie.
9.00 mlm - balik main bola tidur jap. kalu rajin tolong mak gajar budak2 gaji tapi biasa nya aku dok kacau budak2 nie mengaji.
10.00 mlm - biasanya ada siri movie best2 dalam tv2 atau 3. masa nie tak pasang astro lagi. kalau rajin keluar malam, minum air atau lepak cc ejoy/zeba ada.
12.00 - 1.00 malam - masa pasang internet kat rumah. masa nie start main internet sampai pagi. masa nie dok mengorat sorang junior aku yang belajar kat ireland. kalau tak sekarang aku kahwin sama doktor.
3.00 - 6.30 pagi - waktu ideal yang sungguh syahdu. taman seri tempoyang mmg best. malam gerenti berangin, syahdu, masa nie laa nak layan the smiths/the cure/radiohead/DEP/laman lucah dan sebagainya (biasanya laman lucah..) menangis jika perlu…mastubate jika perlu dan menulis jika perlu.
7.00 pagi - hantar jeman ke sekolah balik…
HABIS KISAH 24 JAM SEBAGAI SEORANG KUTU….kalau pergi KL tgk gig jadual akan berubah sikit. tak banyak.
penghargaan : terima kasih kepada semua kutu-kutu yang banyak menabur bakti (belanja tiket bas, goreng pisau, cendol, internet dan sebagainya). jasa baik korang semua tidak dapat aku balas ( teknik malas nak balas sebenarnya…)
jiva-kaca (jiwa kacau ) bekas kutu yang nak bercita-cita menjadi kutu balik….
![]()